Saturday, 20 December 2014

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum w.b.t


Pada 17 Disember 2014, Jawatankuasa Kesatuan Guru-Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor (KESAGAJ) telah lahir di dewan Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi dan mudah mudahan ia terus subur relevan sepanjang masa demi memperjuangkan martabat warga jabatan agama, memperkukuhkan pendidikan agama menyumbang bersama menjadikan kerajaan negeri sebagai hab ilmu agama demi agama bangsa dan negara tercinta selarans dengan hala tuju Malaysia negara maju berpendapatan tinggi.


Saya, Ahmad Tugi Bin Siran selaku Presiden Kesatuan ini mengharapkan sokongan dan dorongan daripada tuan/puan/para ustaza/ustazah supaya bersama dalam harakah KESAGAJ. Diharapkan tidak ada terkecuali yang digelar sebagai parasit-parasit yang menumpang nikmatnya sahaja tanpa sama sebaris seiring dalam perjuangan yang akhirnya akan menimbulkan masalah penyakit secara senyap yang boleh membunuh dan merosakan perjuangan (Bertolong-tolong kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan di atas perkara yang tidak baik dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya azab Allah itu amatlah berat : Al- Maidah;ayat Kedua


No comments:

Post a Comment